Komen Portal SMKDPK

Terima kasih atas pelayaran portal SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, Sarawak .Sila beri komen anda terhadap portal SMKDPK.

(...GOooo ...)

Menjelang Peperiksaan

Undi Dalam Talian

Apakah komen anda terhadap portal ini?
 

Tarikh & Masa Sekarang

Statistik Sejak 09/09/09

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini56
mod_vvisit_counterKelmarin128
mod_vvisit_counterMinggu ini345
mod_vvisit_counterBulan ini2906
mod_vvisit_counterJumlah Lawatan422856

Pelawat Dalam Talian

Sejarah

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATUK PATINGGI KEDIT

    

Pintu Utama
Pintu Masuk SMKDPK
    
    Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit pada mulanya dinamakan Sekolah Menengah Kerajaan Betong dan dibuka secara rasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salehuddin pada 22 Oktober 1980.
Pengasas penubuhan sekolah ialah Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Ak Numpang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Layar, Betong pada ketika itu.

Bulatan Kedit SMKDPK
Bulatan Kedit

 

 

 Lokasi sekolah :

8 Km dari Pekan Betong dan 3 Km dari jalan induk Kuching-Sibu-Miri.

Keluasan :  

Lebih 70 ekar ( Di bawah Rancangan  Malaysia Ketiga)

 

 

Upacara Pecah Tanah
Upacara Pecah Tanah

     Projek pembinaan sekolah bermula pada awal tahun 1978 dan hampir lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas persekolahan pada penghujung tahun 1979. Dalam tempoh yang singkat (1978-1979) tugas mengambil pelajar-pelajar peralihan dan tingkatan satu serta guru-guru dan kakitangan bukan akademik dimulakan. SMKDPK ialah sekolah satu sesi kecuali pada tahun 1983 di mana terdapat dua sesi persekolahan.

 

Image
Gambar diambil pada tahun 1982

 

Komposisi pelajar pada masa itu terdiri daripada kaum Iban, Melayu dan Cina yang datang dari kawasan Hilir Saribas, Betong, Padeh, Skrang, Layar, Spak, kawasan Bangat dan daerah Lubok Antu.

 
 
    Pada 23 Februari 1980 sekolah ini diberi penghormatan oleh pihak kerajaan sebagai tempat mengadakan Perhimpunan Tatarakyat yang dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat, pengetua dan guru besar Daerah Saribas. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat  Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Ak Numpang dan Ahli Dewan Rakyat Yang Berhormat Encik Liben Ak Kato.

Atlit SMKDPK
Image

 

 

Pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam sukan tahunan antara sekolah menengah Bahagian Kedua di Sri Aman yang diadakan pada bulan Julai 1980.

 

  

Penghuni asrama pad tahun 1985
Image
Pada permulaannya, sekolah ini mempunyai 13 buah kelas iaitu 10 buah kelas dengan bahasa pengantar Bahasa Melayu dan 3 buah kelas lagi dengan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Jumlah pelajar ketika itu ialah seramai 450 orang. Bilangan pelajar meningkat sehingga mencapai angka 1073 orang pada 1982. Untuk menampung pertambahan pelajar yang semakin meningkat, pada akhir tahun 1984, satu blok asrama perempuan,  satu blok asrama lelaki dan satu blok bilik darjah telah dibina secara projek kilat dan siap untuk memulakan dan menampung pelajar tingkatan 5 pada awal tahun 1985.

 
        Pada tahun 1993, sekolah telah membuktikan kejayaan serta kecemerlangan apabila menjuarai Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Beberapa orang pelajar sekolah ini turut mengharumkan nama sekolah dengan mewakili negeri Sarawak.

 
         Pada tahun 1995, sekolah telah mencatat peratus kelulusan sebanyak 99% dan pada tahun 1997, sekolah ini termasuk dalam senarai nama 10 sekolah terbaik bagi pencapaian keputusan PMR untuk sekolah-sekolah menengah luar bandar di Sarawak. Pada tahun 1997 juga, sekolah telah berjaya mencatat kelulusan  71.27% dalam SPM.

 

Image
Flat guru siap dibina pada tahun 2000

 
Pembinaan satu blok flat guru (6 unit) pada pertengahan tahun 1999, dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2000 membuktikan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh telah diambil bagi memperlengkap prasarana asas yang  diperlukan di sekolah ini.

 
 

Kolam
Kolam
Kuarters Pengetua
Kuarters Pengetua
Flat guru
Flat guru

 
 

Di kawasan kolam inilah terbinanya kuarters pengetua dan 3 blok flat guru (24 unit) pada 2003. Kesemua flat ini telah mula didiami pada Jun 2004.

 

 

 

Makmal Komputer A
Makmal Komputer A

  
Makmal Komputer A

Komputer yang disumbangkan oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Ak Numpang pada 28 Oktober 2004, sebanyak 35 unit.

 

Makmal Komputer B
Makmal Komputer B

 

Makmal Komputer B

2003 : - Siap dibina.
Disember 2004 : - Dilengkapi dengan kemudahan.
Januari 2005 : - Mula beroperasi.

 

 

Pelajar Tingkatan 6
Pelajar Tingkatan 6

Pengambilan Pelajar Tingkatan 6

SMK Datuk Patinggi Kedit, buat pertama kalinya menerima kemasukan pelajar Tingkatan 6 Rendah pada 14 Jun 2004.

  • Bilangan Pelajar : 179 orang
  • Bilangan Kelas : 5
  • Aliran Kemanusiaan :

Ekonomi (1 kelas)

Geografi ( 2 kelas )

Kesusasteraan Melayu ( 2 kelas)

 

 

MENGENAI ASRAMA

Asrama Putera
Asrama Putera

 

 

ASRAMA PUTERA

Seiring dengan pertambahan pelajar, asrama lelaki telah dinaik taraf untuk meningkatkan keselesaan pelajar.

    

Asrama Puteri Saban
Asrama Puteri Saban
Sudut tandas
Sudut tandas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 ASRAMA PUTERI

Blok asrama baru untuk pelajar perempuan tingkatan 6 telah dibina pada tahun 2005 dan mula diduduki pada pertengahan 2006. Asrama yang dinamakan Asrama Kumang boleh menampung seramai 60 orang penghuni.

 

 

MENGENAI INFRASTRUKTUR

 

Gelanggang Tenis
Gelanggang Tenis

 

GELANGGANG TENIS

Dinaik taraf pada Julai 2005

 

 

Koperasi
Koperasi

 

 

 

 

 

BILIK KOPERASI

Koperasi sekolah mula beroperasi di lokasi yang baru mulai Januari 2006

 

 

Koridor Pejalan Kaki
Koridor Pejalan Kaki

 

 

 



KORIDOR PEJALAN KAKI

Siap dibina pada 2006, dihias dengan pasu bunga yang digantung untuk menambah keceriaan. 

 

 

 

 

BLOK PENTADBIRAN

Blok Pentadbiran (2004-2006)
Blok Pentadbiran (2004-2006)
Proses Pembinaan Astaka Jubli I
Proses Pembinaan Astaka Jubli I
Proses Pembinaan Astaka Jubli II
Proses Pembinaan Astaka Jubli II
Sekitar Astaka
Sekitar Astaka
Taman Harmoni
Taman Harmoni

Pelancaran Astaka Jubli Perak
Pelancaran Astaka Jubli Perak (24 Ogos 2006)

 

Statistik Umum 2017

 
JUN
Guru Lelaki = 24
Guru Perempuan = 29
Kekosongan (Guru) = 2
Staf Lelaki = 7
Staf Perempuan = 10
Pelajar Lelaki = 239
Pelajar Perempuan = 308
Asrama Lelaki = 161
Asrama Perempuan = 230
 

CONTACT

Pautan Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia  Jabatan Pelajaran Sarawak  Pusat Perkembangan Kurikulum  Lembaga Peperiksaan Malaysia  Majlis Peperiksaan Malaysia  Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025  EduWEBTV  Portal e-Guru   

Pautan Berita Online

Berita Harian Online  Utusan Malaysia Online  The New Straits Online  The Star Online  Sin Chew Daily Online

Tarikh Dikemaskinikan

.Monday 14 August 2017, 12:55

SMK Datuk Patinggi Kedit (YEE2402)
KM 7.2, Jalan Betong/Kuching
Bahagian Betong
95700 Betong, Sarawak
PENAFIAN: SMK Datuk Patinggi Kedit tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini