smkdpk.com
July 24, 2014, 06:32:09 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Untuk melihat koleksi gambar aktiviti-aktiviti SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, sila klik di bawah untuk melihatnya http://www.smkdpk.com/album/
 
   Home   Help Search Calendar Members Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Manfaat Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran  (Read 4217 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Cikgu Lim Hua Lip
Guru Penyelaras Bestari
Administrator
*
Offline Offline

Posts: 3503


SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong


WWW Email
« on: February 24, 2008, 10:21:44 PM »

Sebenarnya, topik ini merupakan perkara yang selalu diutarakan terutamanya dalam bidang pendidikan. Di sini, cikgu akan menyenaraikan 7 manfaatnya.

1.   Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Contohnya Biologi, kita boleh guna video courseware untuk memahami proses pencernaan; Guru Tingkatan 6 yang mengajar Sejarah / Geografi tahun lepas banyak menggunakan perisian Microsoft Encarta untuk melihat peta dunia secara visual yang begitu menarik.

2.   Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Mungkin pelajar lemah dalam akademik, tapi minat dengan komputer, contohnya pelajar ICTL Tingkatan 2, yang memang lemah di dalam kelas, tak boleh baca / tulis, tapi, apabila cikgu menyuruh murid itu menggunakan perisian untuk membuat logo, memang kita tak percaya logo yang profesional itu adalah hasil daripada pelajar 2C yang bernama Fredrick Sidok

3.   Meningkatkan motivasi murid. Sebenarnya, murid suka menggunakan komputer. Sebagai contoh, sebilangan murid rasa permainan silang kata tidak menarik  semasa menjawab dengan kaedah biasa, tapi kalau disediakan dalam berpandukan komputer, pelajar akan tertarik dengan cara yang interaktif iaitu seakan- akan berlawan dengan komputer, orang asing yang tak dikenali dalam internet, boleh mengetahui pencapaian, rekod pada masa itu juga dan banyak lagi yang menarik. Secara tak langsung, ini akan meningkatkan motivasi murid untuk belajar.

4.   Pembelajaran secara individu boleh dilakukan. Contohnya mata pelajaran ICT Tingkatan 4 & 5, pelajar boleh menggunakan Bilik Akses utk membuat kerja kursus secara individual tanpa kehadiran guru, ini membolehkan pelajar menyediakan diri untuk menghadapi cabaran seperti penggunaan ICT di IPTA / IPTS nanti.

5.   Membolehkan murid mengakses  maklumat yang sukar diperolehi dan mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau kos yang terlalu mahal untuk diperoleh. Sebagai contoh, cikgu menyuruh pelajar ICTL T2 mencari gambar untuk pembinaan laman web kumpulan. Ada kumpulan membuat topik mengenai budaya rumah panjang, suruh cari gambar rumah panjang....alasannya susah nak dapat dari majalah, suratkhabar dan lain-lain, apabila cari melalui internet, cikgu terdengar murid cakap oh medak! tuk rumah panjai kitai tok...Contoh lain seperti harga buku sekarang mahal, jadi, kita juga boleh mencari e-book (buku eletronik) dari internet.

6.   Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Sebagai contoh, banyak eksperimen Sains, Kimia atau bengkel elektronik adalah bahaya, kos bahan-bahan juga mahal, jadi sebenarnya guru-guru berkaitan boleh menggunakan perisian khas untuk membolehkan pelajar cuba secara VISUAL, dan lihat keputusan. Kalau berjaya > rekod > baru melaksanakan secara praktikal selepas percubaan perisian khas itu.

7.   Penggunaan forum sekolah. Sekarang kita boleh nampak forum sekolah semakin lembap, sebenarnya, kita boleh menggunakan ruangan ini untuk mengemukakan soalan, cadangan, pendapat dan banyak lagi. Salah satu sebabnya mungkin adalah guru sekolah yang kurang aktif. Satu perkembangan staf akan didedahkan kepada semua guru (bulan 3) mengenai ICT, pada masa itu akan ada pendedahan penggunaan forum sekolah, jadi harap- harap forum sekolah akan hidup semula dengan kehadiran semua warga kedit nanti. Untuk pengetahuan semua, pihak PPG Betong juga tertarik dengan forum sekolah kita dan PPG Betong juga akan mempunyai forum mereka pada bulan tiga nanti. Sebenarnya rekabentuknya akan sama dengan sekolah kita, (saya yang membuatnya), jadi, biasakan diri dengan forum sekolah supaya kelak boleh join forum PPG Betong (forum.ppgbetong.com) ataupun JPN Sarawak (forum.engkabang.net) yang semua rekabentuknya sama.

Akhir sekali, saya nak maklumkan bahawa makmal pun sudah mula operasi dengan sepenuhnya, harap semua warga kedit menggunakan perkhidmatan ini dengan sepenuhnya, sama ada pada sebelah pagi, petang ataupun malam, wujudkan budaya ICT yang positif untuk sekolah kita. Sekian, terima kasih.
Logged

Please don't PM/email me for support, unless I invite you...Just post ur question here...
~fEEL IT~
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!