smkdpk.com
September 22, 2014, 02:08:47 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Selamat Datang ke forum SMK Datuk Patinggi Kedit. Sila klik di sini untuk portal utama www.smkdpk.com
 
   Home   Help Search Calendar Members Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Perlantikan Guru Data Di Sekolah Menengah Dan Rendah  (Read 3002 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Cikgu Lim Hua Lip
Guru Penyelaras Bestari
Administrator
*
Offline Offline

Posts: 3512


SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong


WWW Email
« on: January 17, 2008, 11:47:00 AM »

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 14/2007:
PERLANTIKAN GURU DATA DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH


Sukacita dimaklumkan bahawa perlantikan jawatan Guru Data Di Serkolah telah mendapat kelulusan berdasarkan Bekalan B41 yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia ( B41/2008).

2 Perlantikan Guru Data meliputi semua sekolah menengah dan rendah kerajaan dan bantuan kerajaan. Perlantikan ini adalah secara hakiki dan dalam norma perjawatan, merujuk kepada surat No. Ruj. KP(PP)0050 Jld.55/(19) oleh Bahagian Sumber Manusia.

3. Sehubungan itu, Senarai Tugas Utama Guru Maklumat di Sekolah Ruj. KP(BPPP) 14/14/13 Jld. XVII(10) bertarikh 10 Januari 1998 dengan sendirinya adalah terbatal.

4. Matlamat perlantikan Guru Data adalah bagi melicinkan perancangan dan pengurusan data di peringkat sekolah, PPDK/PPG/PPD dan JPN. Jawatan seorang Guru Data diperuntukkan di semua sekolah rendah dan menengah.

5. Kriteria Perlantikan Guru Data:
5.1 Keutamaan pemilihan kriteria Guru Data hendaklah diberi kepada Guru Data sedia ada di sekolah yang mempunyai kemahiran dan komited terhadap pengurusan data.
5.2 Guru ini hendaklah telah dilantik dalam perkhidmatan oleh SPP. Walau bagaimanapun sekiranya sekolah tidak mempunyai Guru Data atau Guru Data yang sedia ada tidak mampu menjalankan tugas dengan berkesan, guru tersebut boleh diganti mengikut syarat Pemilihan Guru Data.
5.3 Jawatan Guru Data yang disandang akan gugur jika Guru Data berpindah ke sekolah yang telah sedia ada Guru Data.
5.4 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Guru Data sekolah, pengisian jawatan tersebut hendaklah disegerakan iaitu dalam tempoh dua bulan. Pihak sekolah hendaklah mencalonkan Guru Data baru dengan segera kepada JPN/PPD ( Isi borang Pencalonan Guru Data ).

6. Syarat Pemilihan Guru Data.
6.1 Kelayakan
6.1.1 Mempunyai kelayakan akademik dalam IT/komputer/berkaitan ICT pada peringkat sijil/diploma/ijazah; atau
6.1.2 Mempunyai sijil berkaitan IT/komputer/berkaitan ICT;
atau
6.1.3 Mempunyai sijil kursus berkaitan pengurusan data yang diperakui oleh KPM.

6.2 Kreativiti
6.2.1 Berpengetahuan tentang penjanaan data mentah yang ada dan mampu menghasilkan maklumat mengikut keperluan pengguna;
6.2.2 Berkemahiran dalam melakukan penyelenggaraan aplikasi dari segi teknikal dan operasi; dan
6.2.3 Mempunyai kebolehan minimum menganalisis data dari pelbagai sistem aplikasi berkomputer di sekolah.

6.3 Sahsiah/Disiplin/Sikap
6.3.1 Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan baik;
6.3.2 Bertanggungjawab, dedikasi, akauntabiliti dan boleh dipercayai;
6.3.3 Mempunyai ketahanan emosi dan mental yang tinggi;
6.3.4 Berpengetahuan dan peka terhadap tahap kerahsiaan data mengikut kedudukan pengguna;
6.3.5 Telah mengisi dan menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972.
6.3.6 Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

7. Prosedur Perlantikan Guru Data
7.1 Sekolah akan mencalonkan nama guru yang layak kepada JPN dan perlantikan akan dibuat oleh BPPDP dengan kerjasama JPN;
7.2 Guru yang telah dilantik akan menjalani Kursus Pengurusan Data Sekolah anjuran KPM;
7.3 Unit ICT JPN dan Pegawai Pelajaran Daerah akan memantau prestasi Guru Data yang dilantik berdasarkan kualiti kutipan data pada peringkat sekolah dan memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah;
7.4 Unit ICT JPN dan Pegawai Pelajaran Daerah boleh mencadangkan pertukaran Guru Data sekiranya Guru Data sedia ada tidak mencapai tahap prestasi yang dikehendaki

8. Penyelarasan Waktu Mengajar dan Pengurusan Data Sekolah
8.1 Guru Data adalah tergolong dalam kumpulan Guru Penolong. Walaubagaimanapun, Guru Data dikehendaki mengajar tidak melebihi 12 waktu dalam seminggu.

Sekolah Rendah :
12 waktu x 30 minit = 360 minit (6 jam) seminggu

Sekolah Menengah:
12 waktu x 40 minit = 480 minit (8 jam) seminggu

8.2 Guru Data bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. Oleh itu Guru Data dikehendaki memperuntukkan 4 waktu dalam sehari untuk tugas pengurusan data sekolah.

Sekolah Rendah :
4 waktu x 30 minit = 120 minit (2 jam) sehari / 10 jam seminggu
Sekolah Menengah :
4 waktu x 40 minit = 160 minit (2 jam 40 minit) sehari / 13 jam 20 minit seminggu

9. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato
Logged

Please don't PM/email me for support, unless I invite you...Just post ur question here...
~fEEL IT~
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!