smkdpk.com
July 23, 2014, 03:28:25 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Sekiranya anda terlupa password untuk forum ini, sila hantar email kepada pihak kami. Sila mencatat Username semasa penghantaran email untuk memudahkan Webmaster mengemaskinikan database forum ini. Pihak SMKDPK akan menghantar satu password baru kepada anda. Email : smkdpk@gmail.com
 
   Home   Help Search Calendar Members Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: :: Kandungan Berbahaya Dalam Rokok ::  (Read 2486 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
fender
Diploma (50-99 posts)
**
Offline Offline

Posts: 67



« on: April 04, 2009, 10:11:14 AM »



Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah:
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok:

- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Sumber Rujukan
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website IKIM Dalam Media Berita Harian
Logged
fender
Diploma (50-99 posts)
**
Offline Offline

Posts: 67



« Reply #1 on: April 04, 2009, 10:27:18 AM »

Ni ade beberape info ttg rokok yg menarik perhatian aku...

Perkataan Yang Biasa Diungkapkan Oleh Perokok

1. Saya mahu berhenti tetapi susah.
2. Datuk saya seorang perokok tapi panjang umurpun...
3. Hak masing2, siapa mau merokok, merokoklah... siapa tdk mau, tdk perlulah bising2...
4. Saya merokok, tapi saya jauh lebih baik drpd si...
5. Si ... mati awalpun maka2 dia tdk merokok.
6. Ah, si ... tiada apa2pun maka2 dia tdk merokok.
7. Saya tahu merokok boleh membahayakan kesihatan tetapi sungguh sukar utk berhenti.
8. Saya merokok, tapi saya guna duit sendiri, bukannya saya meminta duit drpd orang lain.
9. Siapa takut mati awal janganlah merokok.
10. Ah, ajal di tangan Tuhan, bila2pun boleh mati.

Keburukan Merokok

1. Imej diri rendah.
2. Prestasi akademik buruk.
3. Bau nafas yg tdk menyenangkan.
4. Gigi kekuningan.
5. Bibir kehitaman.
6. Pakaian berbau.
7. Risiko mendpt penyakit yg tinggi.
8. Risiko kematian awal tinggi.
9. Membahayakan rakan2 dan keluarga sendiri akibat terhidu asap rokok.
10. Gangguan terhadap tugasan spt banyak membuang masa kerana semata2 utk merokok.
11. Tdk tenteram bila tdk dpt merokok.
12. Kurang mampun berfikir dgn baik dan waras.
13. Membazir banyak wang. Rokok sangat mahal.
14. Rokok dirasakan lebih sedap drpd makanan.

Kebaikan Apabila Anda Berhenti Merokok

Kebaikan berhenti merokok boleh dilihat kira2 20 minit sahaja:

20 minit: Tekanan darah menurun, kadar denyutan nadi menurun, suhu tangan dan kaki meningkat.
8 jam: Kandungan karbon monoksida dlm darah jatuh kpd normal. Tahap oksigen dlm darag meningkat kpd normal.
24 jam: Risiko serangan jantung berkurang.
48 jam: Hujung saraf mula tumbuh semula. Kebolehan menghidu dan merasa bertambah baik.
2 minggu ke 3 bulan: Aliran darah bertambah baik, berjalan menjadi lebih mudah dan fungsi paru2 bertambah baik.
1 - 9 bulan: Batuk, masalah saluran pernfasan & sesak nafas menurun.
1 tahun: Risiko penyakit koronari jantung berkurang kpd separuh drpd mereka yg merokok.
5-15 tahun: Risiko strok berkurang spt mereka yg tdk pernah merokok.
10 tahun: Risiko barah paru2 jatuh serendah kira2 separuh drpd mereka yg merokok. Risiko ulser juga berkurang.
15 tahun: Risiko penyakit koronari jantung berkurang sama spt mereka yg tdk pernah merokok. Risiko kematian juga sama spt yg tdk pernah merokok.

 
Logged
Cikgu Lim Hua Lip
Guru Penyelaras Bestari
Administrator
*
Offline Offline

Posts: 3503


SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong


WWW Email
« Reply #2 on: April 04, 2009, 10:48:00 PM »

Terima kasih fender, maklumat di atas sangat berguna. Mungkin pihak sekolah boleh menggunakannya semasa ceramah Anti Rokok, minggu orientasi / suaikenal pelajar baru, p & p dan banyak lagi.

Terima kasih sekali lagi atas usaha mengumpulkan maklumat ini.

 
Logged

Please don't PM/email me for support, unless I invite you...Just post ur question here...
~fEEL IT~
AbangZul
Master (250-499 posts)
****
Offline Offline

Posts: 304


Bekas Juruteknik Komputer


WWW
« Reply #3 on: April 05, 2009, 06:48:33 AM »

Bahan-Bahan Dalam Rokok
Dalam sebatang rokok didapati mengandungi bahan-bahan berikut:

Acetone (kepingan cat)
Tar (tar jalan raya)***
Naphthylamine
Methanol (bahan pembakar roket)
Nicotine (racun serangga dan hama)
Pyrene***
Naphthalena (mothballs)
Cadmium (bahan yang digunakan dlm bateri kereta)***
Carbon Monoxide (gas beracun dlm ekzos kereta)
Bezopyrene***
Vinyl Cloride (membuat pvc)***
Hydrogen Cyanide (racun dlm saluran gas)
Toluidine***
Ammonia (pencuci lantai)
Urethane***
Toluene (larutan industri)
Arsenic (racun semut putih)***
Nickel***
Phenol (ubat pembasmi dan pembunuh kuman)
Butane (bahan pembakar pemetik api)
Polonium-210***
DDT (racun serangga)

Bahan yang bertanda *** adalah bahan-bahan penyebab kanser Dipetik dari sebuah majalah sains dan teknologi Kepada perokok-perokok... Masihkah anda ingin merokok selepas mengetahui semua ini? 


 
Logged

How did we get here?
I used to know you so well.
There is something I see in you,
It might kill me if I want it to be true.
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!